Want your
own Fotopage?







 
SHAR: NOSTALGIK
Shar Azalan
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 26-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
My Umbrella

My Umbrella (1)
My Umbrella (2)
Pendopo, Flinders Uni., SA
Ini tajuk filem dokumentari pendek pertama aku..tu yang sibuk kena pegang payung tu..lecturer aku dah sibuk tanya apa yang aku nak hasilkan next semester ni? aku ingat aku nak visualise satu cerita pasal homesickness..so terpaksalah si budak Zura tu berposing siket untuk cadangan bagi cover proposal nanti..cadangan jer belum confirm..tapi minah tu kene gak pura-pura berlakon jadik homesickness walaupun dia enjoy sakan kat sini sebenarnya..hahahahaha..

hei!!! tangkap ikan, dugong bukan bidang aku..secara positif jgn kutuk bidang org! hangpa tu sendiri tak lepas..beringat skit cik embun!!!karang terlondeh kain sarong tu... Mon 15-Aug-2005 07:47
Posted by:Langkawiparadise
hei!!! tangkap ikan, dugong bukan bidang aku..secara positif jgn kutuk bidang org! hangpa tu sendiri tak lepas..beringat skit cik embun!!!karang terlondeh kain sarong tu... Mon 15-Aug-2005 07:47
Posted by:Langkawiparadise
itu laa pak abu..lain kali jangan suka gelak dan kutuk orang..ini huruf A bukan huruf Ro... Tue 16-Aug-2005 04:22
Posted by:SAwineheaven
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 21-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Besar

Jom, jalan-jalan cari makan?
Hmm..

Actually ini foto kelmarin..waktu tu masak spaghetti..so, melambak makanan kat atas meja..macam-macam ada..Crunchy Nut yang rangup tu pun ada..kesian kat erwan sebab makan biskut kering...tapi takpe..tatapilah gambar kepelbagaian makanan ini..manalah tahu nanti boleh bagi sedikit inspirasi untuk memasak..ataupun waktu tengah makan biskut tu terasa macam spaghetti..hehehehehehe....

Care to comment?


Sunday, 19-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Yang Pertama, Yang Perdana, Universiti Malaya

Kompleks Perdana Siswa
Bangunan Peperiksaan
Susur ke Dewan Tuanku Canselor
View all 30 photos...
Terima kasih kepada Mr Erwan di FSSS Kuala Lumpur kerana sudi mengirimkan foto-foto sempena seratus tahun Universiti Malaya. Walaupun amatur tetapi semua foto yang diambil oleh Mr Erwan kelihatan menarik dan menyerlahkan lagi Universiti Malaya sebagai universiti yang terbilang di Malaysia. Walau apa pun sila nimati keindahan panorama baru Universiti Malaya khususnya kepada bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di Gapura Ilmu bertuah ini.

Care to comment?


Thursday, 16-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Perayaan Seratus Tahun Universiti Malaya- Tradisi Kecemerlangan

PENGASASAN AWAL
KEMEGAHAN
SERATUS TERBAIK
selamat menyambut perayaan seratus tahun Universiti Malaya (1905-2005). Alhamdulillah sehingga kini UM terus kekal sebagai universiti nombor satu negara. Terima kasih kepada Dato' Prof Dr Hashim Yaacob kerana berjaya mengemudi Universiti Malaya sehinggakan ia terkenal di merata dunia sekarang ini. Berikut adalah paparan akhbar mengenai berita sambutan perayaan seratus tahun Universiti Malaya.

BERITA HARIAN 16/06/2005
UM penuhi tuntutan institusi ilmu terbilang

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM), yang berusia 100 tahun hari ini, berjaya memenuhi tuntutan sebagai institusi ilmu terbilang, bukan saja dalam mendidik anak bangsa tetapi juga berperanan secara langsung ke arah menggerakkan agenda pembangunan nasional, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, pendekatan pendidikan UM juga membebaskan ramai anak bangsa daripada belenggu kemiskinan untuk mendaki anak tangga kehidupan ke taraf sosial dan ekonomi lebih gemilang di samping menghasilkan kajian dalam pelbagai cabang ilmu.

“Sebahagian besar sumber manusia yang membantu usaha membangunkan negara ini adalah graduan yang dihasilkan oleh UM.

“Melalui pendekatan pendidikannya, UM berjaya memperkasa ratusan ribu anak bangsa, memperkayakan mereka dengan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan modal budaya.

“Ratusan ribu anak bangsa juga dapat keluar daripada status kemiskinan, mendaki tangga kehidupan ke taraf sosial dan ekonomi yang lebih tinggi,” katanya dalam perutusan kepada warga Universiti Malaya sempena sambutan 100 tahunnya, semalam.

Pelancaran sambutan sebagai institusi pengajian tinggi tertua di negara itu akan akan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, hari ini.

Abdullah berkata, UM juga adalah tapak yang banyak membantu usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan bangsa menerusi interaksi harian di kalangan warga kampus pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.

Dalam menangani persaingan pada era globalisasi, Perdana Menteri berkata, faktor kualiti perlu diberi keutamaan dan pencapaian UM menduduki tangga ke-89 dalam senarai kelompok 200 universiti teratas dunia mengikut terbitan The Times Higher Education Supplement pada 5 November tahun lalu, wajar dibanggakan.

“Semoga pencapaian ini memberi inspirasi kepada warga universiti untuk berusaha lebih gigih dan tekun, mencapai kecemerlangan lebih tinggi hingga Universiti Malaya menjadi antara yang terbilang di dunia,” katanya.



BERNAMA 15 Jun, 2005 23:50 PM
UM Terlibat Langsung Memenuhi Agenda Nasional, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) tidak sekadar berperanan sebagai pusat ilmu malah terlibat langsung dalam memenuhi agenda pembangunan nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata melalui pendekatan pendidikan, UM telah memperkasa ratusan ribu anak bangsa, memperkaya mereka dengan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan modal budaya.

Katanya UM juga adalah tapak yang turut membantu usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui interaksi harian yang berlaku di kalangan warga universiti yang pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.

"Ratusan ribu anak bangsa telah dapat keluar dari status kemiskinan, mendaki tangga kehidupan ke taraf sosial dan ekonomi yang lebih tinggi," katanya dalam perutusan tahniah kepada seluruh warga UM sempena sambutan ulang tahun ke-100 universiti itu hari Khamis.

Abdullah berkata sebahagian besar sumber manusia yang membantu usaha membangunkan negara ini adalah graduan yang dihasilkan oleh UM.

Abdullah berkata dalam menghadapi persaingan dalam era globalisasi, faktor kualiti perlu diutamakan.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata beliau berbangga dengan pencapaian UM yang kini berada di tangga ke-89 dalam senarai 200 universiti teratas dunia dalam ranking yang diterbitkan oleh "The Times Higher Education Supplement" pada 5 November 2004.

"Semoga pencapaian ini akan memberikan inspirasi kepada warga universiti untuk berusaha secara lebih gigih dan tekun, mencapai taraf kecemerlangan yang lebih tinggi hingga Universiti Malaya dipandang sebagai sebuah universiti terbilang di dunia," katanya.


UTUSAN MALAYSIA
10/01/2005 11:53 a.m.

UNIVERSITI Malaya (UM) kini memastikan profesor-profesornya benar-benar berkualiti dan tidak terpalit lagi dengan reputasi `profesor kangkung' yang pernah mencemar nama baik universiti tertua itu.

Kata Naib Canselornya, Datuk Dr. Hashim Yaacob, istilah itu keterlaluan dan ia merupakan label yang sengaja dicipta oleh orang-orang tertentu, dengan niat yang tertentu.Katanya, tradisi menjadi profesor di UM bukan mudah kerana individu yang dicadangkan akan melalui tapisan fakulti, penilai luar negara dan ditapis lagi oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Lembaga Pengurusan Universiti.

``Kalau ada (profesor) kangkung, dah tersangkut ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau menegaskan, yang ada di UM ialah profesor yang cemerlang dan kurang cemerlang.``Malah ramai yang telah diikitraf di peringkat antarabangsa, dilantik menjadi pemeriksa luar, profesor pelawat dan penyelidik bersama,'' katanya.

Kalau ramai profesor kangkung, masakan universiti itu boleh berada dalam ranking ke-89 daripada 20,000 universiti di seluruh dunia, kata Dr. Hashim, merujuk kepada penarafan oleh akhbar The Times dalam ceraian pendidikannya yang dibuat di London baru-baru ini.

Akhbar The Times pada kelazimannya hanya membuat penarafan itu dalam kalangan universiti di sekitar United Kingdom. Namun mulai tahun lepas, penarafan itu diperluas ke seluruh dunia, meliputi 20,000 buah universiti, dan menyenarai pendek kepada 200 buah universiti yang terbaik.
Universiti Malaya diletakkan dalam ranking ke-89.

``Kaji selidik dan penarafan ini penting untuk kami mendapatkan lebih banyak geran penyelidikan,'' katanya.

Kata beliau, kedudukan itu berdasarkan daripada ulasan oleh komuniti yang terlibat dalam bidang pendidikan tinggi atau peer review, penerbitan, penyelidikan dan berapa banyak bahan dijadikan rujukan serta faktor pelajar asing di UM.

Dari segi pelajar asing, belia mengakui UM lebih menumpukan pengambilan kepada pelajar tempatan. ``Janganlah anak sendiri kelaparan, kera di hutan disusukan,'' katanya.

Beliau juga bersyukur kerana pada usia UM menjelang 100 tahun, universiti itu berada dalam kedudukan 100 terbaik dunia. ``lebih-lebih lagi yang memberi penarafan ini adalah pihak luar negara yang begitu lama dengan tradisi keilmuan, kata Dr. Hashim.

Care to comment?


Monday, 13-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Queen's Birthday 2005

 
Sempena menyambut ulangtahun Ratu yang entah ke berapa, Shar fotopages telah melancarkan satu poster khas bagi mengingati Ratu agar panjang umur dan murah rezeki. Potret Ratu ini agak sukar didapati di mana-mana pasaran gelap atau pasar malam seluruh dunia sebab Ratu terlalu malu untuk diabadikan dalam bentuk imej digital atau pun konvensional. Lagipun Ratu yang ini Ratu yang tulen dan tidak terlalu narrowminded untuk diabadikan dalam fotopages ni. Hidup Ratu Elizabeth ll..Terima kasih kerana memberi daulat kepada kami..Apa pun, Selamat hari Ratu!

Care to comment?


Sunday, 12-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hussin dan Erwan

aku dan Erwanita
Erwan & Hussien
Iron Chef
Hujan turun dengan lebat di luar. Mencurah-curah sampai basah dan becak di sekitar flat. Tapi memandangkan aku dah tak sabar-sabar nak ke EHLT satellite lab aku redah jugak. INi semua fotopages punya hal laa ni. Malas nak ke sana-sini berulang-ulangkali. Lagipoun sekejap lagi aku nak ke bandar beli daging halal. Kali ni aku nak beli banyak-banyak untuk stock sebulan. Sebelum tu aku nak ke Dymocks untuk cari buku Photoshop dan Lighting. Oppss..banyak cakap pulak. Ini foto erwan dan hussin.Foto ini diambil sewaktu sebelum aku berangkat meninggalkan Malaya. Entah hapa-hapa laaa....anyway enjoy this photos..allrite?

Care to comment?


Saturday, 11-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nocc & Eliz Jelita

NOCC- businesswoman yang berjaya
Eliz- Jelitawan yang bergaya
Memang menarik jika dikenangkan gelagat dua orang wanita ini. Seorang perasan jelita dan seorang lagi berpotensi menjadi jurucakap produk. Tapi apa pun mereka sentiasa menghiburkan. Ada-ada sahaja isu dan gossip hangat lagi terkini yang mahu dibicarakan. Buat Kak Nosi dan Eliz cepat-cepatlah mencari jodoh..kalau boleh carilah orang istana allrite?

hahahahahahahahaha.....

Care to comment?


Friday, 10-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kajian Celik ICT JPM-MDC di Penang

Menara KOMTAR Pulau Pinang
Sebenarnya foto ni dah lama. Tapi aku baru terima semalam dari erwan. Foto ni membawa seribu pengalaman yang amat kelakar jika di kenang. I really hate sampling method dalam kajian. Tapi nak buat macam mana? lagi pun ini kan satu pengalaman baru. Sebagai Ketua Penyelidik yang hampes, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Kit, Erwan, Che We, dan dua orang minah cun yang aku sudah lupa namanya. Hehehehehehe..janganlah marah. Buat Kak Kit tahniah sebab konvo tahun ni..dengar-dengar tahun ni JPM keluarkan ramai para sarjana dalam pengajian penerbitan. Tahniah JPM...semoga terus maju dan berkembang sebagai sebuah fakulti ternama di Unimalaya.

Care to comment?


Monday, 6-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Yesterday once more..

The girls and the bicycle
Totoro
Totoro, the house and forest spirit
Foto ini secara kebetulan..kelihatan seperti filem animasi yesterday once more oleh Hayao Miyazaki..sape yang suka tonton animasi mesti kenal siapa Miyazaki..antara karya beliau yang aku paling suka dan kerap menonton berulang-ulang kali ialah Tonari no Totoro (My Neighbour Totoro) dan Spirited Away..bagi sesiapa yang tak pernah tengok Totoro aku dengan sukacitanya mengupload foto antara forest spirit paling cute dalam dunia ni..

Care to comment?


Sunday, 5-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Gelang si Paku Gelang

Marilah pulang, bersama-sama...
Hmm..agak lama juga tidak mengemaskini laman fotopages ni..pagi-pagi lagi budak zura dah mencarik aku suruh pergi airport..ingatkan dia dah desperates housewife nak balik Malaysia. rupan-rupanya nak hantar Pak Din & Co. balik Malaysia. Ingatkan apa laa..Last nite waktu nak cari file foto yang lepas-lepas tak jumpa..rupanya aku telah terdelete semua file tu..habis musnah semua harapan..Nasib baik ada fotopages...tersimpan laa jugak segala sejarah dan khazanah penting kat Flinders ni haa..kalau pakai kamera manual mesti hampes punya laa..nak-nak kalau filem tu hilang ke, expired ke..menyesal tak sudah laa..menangis gigit kain langsir pun takkan berguna lagi..selamat datang ke dunia digital...selamat tinggal print publishing...

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.